Sunday, 3 February 2013

Pahala Bawa Ke Syurga | Dosa Bawa Ke Neraka

(Baik dipuji.
 Jelik dikeji)



           


(132)
‘Keberuntungan’
Bicara Tok Ngah
20 April 2011
12.38 tengah hari

ARAM

Orang yang  berbuat baik
sentiasa dipuji
tetapi orang yang berbuat jelik
sentiasa dikeji.
Semakin berbuat baik
semakin bertambah pahala
tetapi semakin berbuat jelik
semakin bertambah dosa.


Sesungguhnya
beruntunglah orang 
yang memberi sedekah
tetapi berbuntunglah
orang yang memberi rasuah.
Yang untung akan dihitung
dan yang bala itu akan dikira.
Pahala membawa kita ke syurga
 tetapi dosa membawa 
kita ke neraka.



 
Barangsiapa
yang berat timbangannya
(kebaikan) maka itulah orang yang
mendapat keberuntungan.

(Al Mu’minun: 102)


 


 
Arambayu 132
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment