Tuesday, 1 January 2013

Paksa Untuk Berserta | Desak Untuk Memihak

(Niat untuk berbuat.
Hak untuk bertindak)




           

(117)
‘Kerugian’
Bicara Tok Ngah
31 Mac 2011
1.37 petang

ARAM

Setiap orang ada suara
untuk berkata,
setiap orang ada akal
untuk menyoal,
setiap orang ada niat
untuk berbuat
dan setiap orang ada hak
untuk bertindak.
Justeru jangan halang mereka
untuk mendapat peluang
dan jangan urung mereka
untuk mendapat untung.


Jangan memaksa
untuk mereka berserta
,
jangan mendesak
untuk mereka memihak

dan jangan menipu
untuk mereka bersetuju
dan Jangan berbohong
untuk mereka menyokong.
Bantu mereka untuk mampu
dan usung mereka 
untuk beruntung.
 

 

Dan janganlah
kamu merugikan
manusia terhadap
hak-hak mereka

(Hud: 340)

 


 Arambayu 117
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a comment