Monday 14 January 2013

Lulus Kerana Tulus | Mujur Kerana Jujur

(Sekali kena beringat.
Sekali merana melarat)






LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)



 
 
ILHAM MINDA 36
MENURUT RASA MENYAMBUT KATA
(Short saying drawn from long experience)

51

Yang tabah
tidak sekali-kali mengalah tetapi yang lemah
mudah sekali menyerah.


52

Apa yang diunjuk
jangan sesekali ditunjuk dan apa yang dise-
dekah jangan sesekali dihebah.


53

Apabila semasa
muda dipenuhi dengan ibadat maka apabila
tua dipenuhi segala hajat.

54

Kita lulus 
kerana tulus
, kita lepas kerana ikhlas dan 
kita mujur kerana jujur.


55

Ingat apa yang
kita tahu, buat apa yang kita mampu da-
pat apa yang kita mahu.


 

 
Aram 36(l )
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment