Monday, 14 January 2013

Amal Menjadi Tawakal | Ibadat Menjadi Taat

(Pesan jadi harapan.
Nasihat jadi rahmat)



           

(125)
‘Peringatan’
Bicara Tok Ngah
9 April 2011
6.36 sore

ARAM


Nasihatkan adik-beradik
supaya sentiasa berbuat baik
dan nasihatkan kaum kerabat
supaya sentiasa beramal ibadat.
Amal itu akan menjadikan
kita lebih tawakal
dan
ibadat itu akan menjadikan
kita lebih  taat
.
Hanya amal ibadat yang akan
menjadi perhitungan di akhirat.


Sesungguhnya
setiap pesan akan menjadi harapan,
setiap nasihat akan menjadi rahmat dan
setiap hidayah akan menjadi ibadah.
Justeru jadikanlah peringatan itu
satu ketaatan dan
jadikan suruhan itu
satu kepatuhan.

 
 

  
Dan berilah
peringatan kepada
kerabat-kerabatmu
yang terdekat.

(Asysyu’ara: 214)

 
 


 
Arambayu 125
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment