Thursday, 3 January 2013

Bersimpati Sebelum Janji | Berjanji Sebelum Beri

(Sokong dan tolong.
Tolong dan dorong)


   




(II)

Baik disebut dahulu
sebelum diikut
dan baik diikut dahulu
sebelum dipaut.
Baik disokong dahulu
sebelum ditolong
baik ditolong dahulu
sebelum didorong.
Baik bersimpati dahulu
sebelum berjanji

dan baik berjanji dahulu
sebeblum memberi
.

Baik diarah dahulu
sebelum melangkah
dan baik melangkah dahulu
sebelum singgah.
Baik berbincang dahulu
sebelum dibentang
Dan baik dibentang dahulu
sebelum dirancang.
 Baik senyap dahulu 
sebelum bercakap
dan baik bercakap dahulu
sebelum berharap.



 Ilham Aram 121
3 Januari 2012
12.45 tengah hari

No comments:

Post a comment