Wednesday, 31 October 2012

Bercakap tak cekap | Bertengkar Tak Pakar

(Diam kalau geram.
Bising kalau runsing)

 
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)



 
ILHAM MINDA 32
MELAMAR RASA MELAKAR KATA
 (Short saying drawn from long experience)


46

Kadang-kadang
lebih baik diam kalau geram dan lebih baik 
bising kalau runsing.

47

Baik ingat apa yang
dicatat, baik buat apa yang diingat dan ba-
ik dapat apa yang dibuat.


48

Baik bergantung kepada
orang yang beruntung daripapada berpaut
kepada orang yang kedekut.

 49

Sangkal-menyangkal
jika gagal, salah-menyalah jika kalah dan
sumpah-menyumpah jika susah.


50

Orang yang banyak
bercakap tidak cekap dan orang yang ba-
nyak bertengkar tidak pakar.


 


 
Aram 32(j)
Teratak Seriterai

Be Strong Is To Earn | Be Wrong Is To Learn

(Salah baik belajar.
Gagah baik bersabar)


 
 Tue 29/11/2011
11.56 ante meridiem




Baby Arissa

 Do not side 
if you are strong
and do not hide
if you are wrong.
To be strong
is to earn

and to be wrong
is to learn
.


Yang gagah
lebih baik bersabar
dan yang salah
lebih baik belajar.



 
Aram 160
Teratak Seriteratai



Bongok Kian Moyok | Tongong Kian Sombong

(Jahil kian degil.
Pandir kian fakir)

 


 Semakin bodoh
semakin menjadi gopoh,
semakin jahil
semakin menjadi degil,
semakin pandir
semakin menjadi fakir,
semakin bengap
semakin menjadi lembap,
  semakin lembam 
semakin menjadi pendam,
semakin bebal
semakin menjadi nakal,
semakin bongok
semakin menjadi moyok
,
semakin tongong
semakin menjadi sombong
,
semakin dungu
semakin menjadi buntu,
semakin tolol
semakin menjadi dogol,
semakin bingung,
semakin menjadi canggung,
dan semakin bangang
semakin menjadi malang.

 

 
Ilham Aram 83
31 Oktober 2012
12.05 tengah hari





Tuesday, 30 October 2012

Timbang Biar Terang | Sukat Biar Tepat

(Adil itu dalil. 
Benar itu wajar)


           
(80)
‘Timbangan’
Bicara Tok Ngah
31 Oktober 2010
2.10 petang

ARAM

Keadilan itu berdiri
di atas pendalilan
dan kebenaraan itu berdiri
di atas kewajaran.
Justeru yang kita timbang
biar terang,
yang kita timbal
biar tekal,
yang kita ukur
biar jujur
dan yang kita sukat
biar tepat.

 

 
Dan tegaklah
timbangan dengan adil
dan jangan kamu
mengurangkan neraca itu.
(Ar Rahman: 9)



 
Arambayu 80
Teratak Seriteratai

Terlalai Tak Selesai | Terlengah Tak Sudah

(Marah usah menyumpah.
Benci usah mengeji)

 
 
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

 
 
ILHAM MINDA 32
MELAMAR RASA MELAKAR KATA
 (Short saying drawn from long experience)

41

Kalau kepala
menanduk kaki menongkah dan kalau kata
menunusuk hati menyumpah.

42

Sekali marah tetapi
berkali-kali menyumpah  dan sekali benci
tetapi berkali-kali mengeji.

43

Sekali berdendam tetapi
berkali-kali mengancam dan sekali mende-
sak tetapi berkali-kali menggasak.

 44

Sekali terlalai kerja
tak selesai, sekali terlengah kerja tak sudah
dan sekali terlena kerja tak sempurna.

45

Nak tahu buruk masalah
baik tanya yang salah dan nak tahu teruk
musibah baik tanya yang kalah.


 


 
Aram 32(i)
Teratak Seriterai

Decision Is An Unanimity | Option Is An Opportunity

(Pilih biar sahih
Putus biar tulus)

 
  
Mon 28/11/2011
11.56 ante meridien



Baby Arissa

Action is not
a decision
and a decision
is not an option.
A decision
is an unanimity
and an option
is an opportunity.

Yang kita pilih
biar sahih
dan yang kita putus
biar tulus.




Aram 159
Teratak Seriteratai

Teruskan berbuat | uruskan Berhemat

(Dimulai dengan niat.
Dikuti dengan minat)

    

  
Dimulai dengan niat,
dikuti dengan minat,
diiringi dengan semangat,
diselangi dengan nasihat,
disokongi dengan pendapat
disertai dengan beringat,
diawasi dengan ketat,
didoakan dengan selamat,
dikukuhkan dengan ibadat,
dibulatkan dengan muafakat,
diteruskan dengan berbuat,
dilaksanakan dengan cermat,
diuruskan dengan berhemat,
 diulangi dengan matlamat, 
disasarkan dengan tepat,
disudahi dengan manfaat,
diakhiri dengan berkat dan
disusuli dengan maklumat.

 

 
Ilham Aram 82
30 Oktober 2012 
12.00 tengah hari

Dimarah Baru Endah | Dikecam Baru Faham

(Ditegur baru akur.
 Disuruh baru patuh)

   


 
(79)
‘Peringatan’
Bicara Tok Ngah
30 Oktober 2010
 12.59 pagi 

ARAM

Berulang kali ditegur
barulah akur, 
berulang kali disuruh
barulah patuh,
berulang kali di marah
barulah endah
dan berulang kali dikecam
barulah faham.
Justeru berilah ilmu
agar anak-anak sentiasa tahu,
berilah nasihat
agar anak-anak sentiasa ingat
dan berilah iktibar
agar anak-anak sentiasa sedar.

 

 
Dan berilah
peringatan, kerana
peringatan itu
bermanfaat.
(Adz Dzariat: 55)



 
Arambayu 79
Teratak Seriteratai

Dicabar Jangan Gentar | Diugut Jangan Takut

(Setiap jam terancam.
Setiap masa tersiksa)

 

 
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)



 
ILHAM MINDA 32
MELAMAR RASA MELAKAR KATA
(Short saying drawn from long experience)

36

Setiap minit   
disepit, setiap jam diancam  dan setiap waktu
diburu dan setiap masa disiksa.


37

Diberi petua baru nak
bersedia, diberi nasihat baru nak beringat dan
diberi pesan baru nak berjalan.

38

Jangan lemah apabila
ditohmah, jangan gentar apabila dicabar dan
jangan takut apabila diugut.

 39

Jika segalanya hendak
maka akhirnya jadi tamak dan jika segalanya
diambil maka akhirnya jadi bakhil.

40

Lebih baik berbincang
sebelum merancang dan lebih baik bermua-
fakat sebelum berbuat.



 
Aram 32(h)
Teratak Seriterai


Yesterday Is Our Memory | Today Is Our Destiny

(Semalam Tenteram.
Esokmenjadi elok)


 
Thu 24/11/2011
11.56 ante meridien 
 
.

                                      Baby Arissa

                                            Let
                                    yesterday lay
                                         and Let
                                     today show.
                                   Yesterday will
                                keep our memory
                                   and today will
                                 lead our destiny.

                                       Semalam
                                menjadi  tenteram
                                      dan hari ini
                               menjadi lebih pasti.

                                             
                                                 





Aram 158
Teratak Seriteratai

Monday, 29 October 2012

Sakit Baru Nak Bangkit | Tenat Baru Nak Bertaubat

(Sukar baik berikhtiar.
Rugi baik berkongsi)


   

 
Apabila sukar
baru nak berikhtiar,
apabila rugi
baru nak berkongsi,
apabila terkena
 baru nak berkerjasama, 
apabila buntung
baru nak berhitung,
apabila gagal
baru nak menimbal,
apabila kalah
baru nak muhasabah,
apabila malang
baru nak menimbang,
apabila sakit
baru nak bangkit

dan apabila tenat
baru nak bertaubat
.



 
Ilham Aram 81
29 Oktober 2012
1.05 petang

Tak Cekal Buat Hal | Tak Betah Buat Tingkah


(Terdaya baik cuba.
 Terlarat baik buat)


    
      

(78)
‘Kemampuan’
Bicara Tok Ngah
29 Oktober 2010
11.00 pagi

ARAM

Selagi terdaya kita cuba,
selagi terlarat kita buat
dan selagi termampu kita maju.
Justeru kalau tidak boleh
jangan buat leceh,
kalau tidak tabah
jangan buat olah,
kalau tidak sabar
jangan buat onar,
kalau tidak cekal
jangan buat hal

dan kalau tidak betah
jangan buat tingkah
.

 

 
Kami tidak
membebani seseorang
melainkan menurut
kesanggupannya.
(Al Mu'minun: 62)

 

 
Arambayu 78
Teratak Seriteratai



Sunday, 28 October 2012

Berjaya Kerana Usaha | Gagal Kerana Tangkal


(Malu terburu-buru.
Bodoh tergopoh-gopoh)

 
 
 
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


 


ILHAM MINDA 32
MELAMAR RASA MELAKAR KATA
 (Short saying drawn from long experience)

31

Kita menjadi bodoh
 apabila tergopoh-gopoh dan kita menjadi 
malu apabila terburu-buru.

32

Kita berjaya jika
percaya kepada usaha tetapi kita gagal ji-
ka percaya kepada tangkal
.


33

Berjaya kalau belajar
mengikut jadual masa dan cemerlang ka-
lau mengikut jadual terancang.

 34

Sesungguhnya kalau setiap
langkah kita boleh sampai maka setiap
masalah kita boleh selesai.


35

Yang muda mendapat ilmu
melalui pertanyaan manakala yang tua
mendapat ilmu melalui pengalaman.



 

Aram 32(g)
Teratak Seriterai

Success Is A Pain | Excellence Is A Gain

(Jaya itu upaya.
Cemerlang itu gemilang)

 

23/11/2011
2.55 past meridien




Baby Arissa

To excel
and not to expel.
To succeed
and not to exceed.
Sometimes
Success is a pain
but excellence
is a gain
.


Kejayaan itu
adalah keupayaan
dan kecemerlangan itu
adalah kegemilangan.




Aram 157
Teratak Seriteratai

Setia Saling Percaya | Taat Saling Hormat

(Faham saling bersalam.
Mengerti saling berkongsi)


Apabila faham
mereka saling bersalam,
apabila mengerti
mereka saling berkongsi,
apabila rapat
mereka saling muafakat,
apabila cakna
mereka saling bekerjasama,
apabila patuh
mereka saling bersungguh,
apabila setia
mereka saling percaya
,
apabila taat
mereka saling hormat

dan apabila akur
mereka saling bersyukur.

 
 

Ilham Aram 80
28 Oktober 2012   
2.40 petang





Saturday, 27 October 2012

Bersatu Hadapi Seteru | Bersungguh Hadapi Musuh

(Kuat jika muafakat.
  Menang jika merancang) 

    



(77)
‘Persediaan’
Bicara Tok Ngah
28 Oktober 2010
11.55 pagi

 ARAM 

Sesungguhnya
kekuatan kita terletak
pada permuafakatan
manakala kemenangan kita
terletak pada perancangan.
Justeru kita perlu bersatu
untuk menghadapi seteru

dan kita kita perlu bersungguh
untuk menghadapi musuh
.

 
 

 Dan siapkanlah
untuk menghadapi mereka
kekuatan apa saja yang
kamu sanggup.
(Al Anfal: 60)

  
 
 Arambayu 77  
Teratak Seriteratai

Bercakap Biar Cekap | Bertindak Biar Bijak

(Berlagak Tak Bijak.
Bergaya Tak Upaya)

 
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

 

 
ILHAM MINDA 32
MELAMAR RASA MELAKAR KATA
 (Short saying drawn from long experience)

26

Apabila kita mahu
mereka tidak mempersetujui dan apabila ki-
ta mampu mereka tidak merestui.

27

Kita hanya nampak
hebat tetapi tidak kuat dan kita hanya nam-
pak kuat tetapi tidak larat.


28

Berfikir biar mahir,
bercakap biar cekap, berikhtiar biar pintar
dan bertindak biar bijak.

 29

Kita hanya berlagak
tetapi tidak bijak dan kita hanya bergaya
tetapi tidak upaya.


30

Kita menjadi letih
kerana banyak berlatih dan kita menjadi
sihat kerana banyak berehat.



 

Aram 32(f)
Teratak Seriterai

Appease Not To Tease | Advise Not To Critisize

(Baik memuji
daripada mengeji)


 
 
 Mon 21/11/2011
11.45 ante meridiem



Baby Arissa

 Let’s appease 
and do not tease
.
Let’s advise
and do not critisize
.
To tease is to
make him angry
and to advise is to
make him happy.


Lebih baik memuji
daripada mencaci
dan lebih memujuk
daripada mengutuk.

 


Aram 156
Teratak Seriteratai