Saturday 27 October 2012

Bercakap Biar Cekap | Bertindak Biar Bijak

(Berlagak Tak Bijak.
Bergaya Tak Upaya)

 
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

 

 
ILHAM MINDA 32
MELAMAR RASA MELAKAR KATA
 (Short saying drawn from long experience)

26

Apabila kita mahu
mereka tidak mempersetujui dan apabila ki-
ta mampu mereka tidak merestui.

27

Kita hanya nampak
hebat tetapi tidak kuat dan kita hanya nam-
pak kuat tetapi tidak larat.


28

Berfikir biar mahir,
bercakap biar cekap, berikhtiar biar pintar
dan bertindak biar bijak.

 29

Kita hanya berlagak
tetapi tidak bijak dan kita hanya bergaya
tetapi tidak upaya.


30

Kita menjadi letih
kerana banyak berlatih dan kita menjadi
sihat kerana banyak berehat.



 

Aram 32(f)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment