Monday, 24 December 2012

Menang Tak Senang | Kalah Tak Susah

(Rugi dicaci.
Untung disanjung)




       
(112)
‘Cubaan’
Bicara Tok Ngah
27 Mac 2011
10.06 pagi

ARAM

Kalau menang
jangan dicanang
dan kalau kalah
jangan disanggah.
Yang menang
tidak selamanya senang 

dan yang kalah
tidak selamanya susah
.


Yang dapat untung disanjung
manakala yang dapat rugi dicaci
tetapi pecayalah,
cacian itu satu ujian
dan sanjungan itu
satu perhitungan.
Sesungguhnya dugaan itu
hanya untuk yang tabah
manakala cubaan itu
hanya untuk yang gagah.

 

 
Kami akan
menguji kamu dengan
keburukan dan kebaikan
sebagai cubaan.

(Al Anbiya: 35)




 Arambayu 112
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment