Monday 24 December 2012

Kawan Usah Berlawan | Sahabat Usah Bersubahat


(Tenang usah bertegang.
 Sabar usah mencabar)

   




Lebih baik berbincang
daripada membangkang.
Lebih baik bertenang
daripada bertegang.
Lebih baik bersabar
daripada mencabar.
Lebih baik mengalah
daripada berbalah.
Lebih baik berundur
daripada bertempur.
Lebih berkongsi
daripada berdengki.

Lebih baik berkawan
daripada berlawan
.
Lebih baik bersahabat
daripada bersubahat
.
Lebih baik besalam
daripada berdendam.
Lebih baik berganding
daripada menuding.
Lebih bermuafakat
daripada berkhianat.
Lebih baik bersaing
daripada berpaling.
Lebih baik mengaku
daripada menipu.


 

 
Ilham Aram 115
24 Disember 2012
4.25 petang

No comments:

Post a Comment