Sunday, 26 August 2012

Tenang berpaut | Menang Berturut



Terlepas 

jangan dipintas

LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


  



ILHAM MINDA 22

BERALIH RASA BERDALIH KATA

 (Short saying drawn from long experience)


 



36.
Kalau tenang berpaut maka marah ber-

larut  dan kalau  menang berturut  maka

kalah berhanyut.
37.
Yang diurus hendaklah terus, yang dipu-

tus  hendaklah  tulus  dan  yang   dilulus

hendaklah telus.
38
Yang  sudah lepas  biar terlepas  jangan

dipintas  dan  sudah datang biar  menda-

tang jangan ditentang.
39.
Kalau diam diancam, kalau bercakap di-

tangkap, kalau  lari  dicari dan kalau me-

ngaku diburu.
40.
Adakala kerana biasa hilang peka, kera-

na selesa hilang selera dan kerana lega  

hilang rasa.

Aram 22/5(h)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a Comment