Tuesday, 20 November 2018

S193D : Saling Berunding Akan Membawa Penyelesaian | Saling Menuding Akan Membawa Pertikaian



AYLA ARISSA
(Our Little Secret)
3 Tahun 1 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 193D/39
BERIMAGINASI RASA BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from long experience)

31
Orang yang menang itu
hanya dapat hadiah manakala orang yang
tenang itu pula dapat hidayah.
26.2.2008
Ayam 95 Sen

32
Ramai yang takut apabila
menghadapi maut tetapi sedikit yang berani
 apabila menghadapi mati.
26.2.2008
“Lambakan Bekalan”

33
Kalau rasa sangsi jangan
sekali-kali berjanji dan kalau rasa bersalah
jangan sekali-kali bersumpah.
26.2.2008
Manifesto BN

34
Jangan sekali-kali berjanji
kalau tidak pasti dan jangan sekali-kali
bersumpah kalau tidak sah.
26.2.2008
“Selamat Aman Makmur”

35
Sesungguhnya ketabahan
itu akan diuji dengan kepayahan dan kesabaran
 itu akan diuji dengan kesukaran.
26.2.2008
Ali ‘Imran, Ayat 101

36
Selagi tidak percaya
 jangan main cuba-cuba dan selagi tidak
yakin jangan cuba main-main.
26.2.2008
“Berpegang Teguh”
   
37
Yang penting bukan berkata tetapi
apa yang kita buat dan yang penting bukan
mencuba tetapi apa yang kita dapat.
27.2.2008
Penyelidikan UPM

38
Hati yang cemas menda-
tangkan kebimbangan tetapi hati yang panas
menghilangkan pertimbangan.
27.2.2008
“Ungguli Tekno”

39
Saling berunding akan
membawa penyelesaian tetapi saling menu-
ding akan membawa pertikaian.
27.2.2008
Bantu Rakyat

40
Baik selesaikan masalah
melalui musyawarah dan baik selesaikan
pertikaian melalui perdamaian.
27.2.2008
"Tak Pilih Kasih"



ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir

No comments:

Post a comment