Tuesday, 7 March 2017

188A : Hilang Sopan Kerana Perasan | Hilang Tertib Karana Ghalib | Hilang Malu Kerana Selalu



 
4 Tahun 7 Bulan
Apabila
terdidik anak- anak
menjadi cerdik
tetapi apabila
terbelengu anak-anak
menjadi dungu.
 
3 Bulan
Kadang-kadang
kerana enak
menjadi tamak
dan kadang-kadang
kerana sedap
menjadi pelahap.

2 Tahun 3 Bulan

3 Tahun 5 Bulan
MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


ILHAM MINDA 188
BERIKRAR RASA BERIKHTIAR KATA
(Short saying drawn from long experience)

1
Apabila terdidik anak-
anak menjadi cerdik tetapi apabila terbelengu anak-anak menjadi dungu.
7.1.2008
Setiap Bandar

2
Yang bimbang itu
makannya tidak berselera manakala yang pincang itu jalannya tidak selesa.
7.1.2008
“Pusat Rakan Muda’”

3
Jika tidak percaya
mereka bersikap selamba dan jika tidak yakin mereka bersikap dingin.
7.1.2008
Banyak Pewangi

4
Yang tidak suka itu
buat kerja sambil lewa dan yang tidak mahu itu buat kerja sambil lalu.
7.1.2008
“Tanda Murung”

5
Kadang-kadang
kerana enak menjadi tamak dan kadang-kadang kerana sedap menjadi pelahap.
7.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 20

6
Kadang-kadang
yang dilarang itu dicanang-canang dan yang ditegah itu dihebah-hebah.
7.1.2008
“Mendapat Petunjuk”

7
Kalau tidak di-
rancang mereka bersembang dan kalau tidak dikawal mereka berbual.
8.1.2008
6,058 Sekolah

8
Kalau tidak di-
paksa mereka berleka-leka dan kalau tidak didesak mereka berborak-borak.
8.1.2008
“Sertai j-QAF”

9
Mula-mula berborak
akhirnya bertekak dan mula-mula bersembang akhirnya bertegang.
8.1.2008
Sikap Ibu Bapa

10
Hilang sopan kerana
perasan, hilang tertib kerana ghalib dan hilang malu kerana selalu.
8.1.2008
“Swastakan Anak”

Kraby
Thailand 


Dari kaca mata
Ayra Amerra


ARAM2007
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
4479 Seri Teratai
Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu
Terengganu

No comments:

Post a Comment