Monday 23 May 2016

181B : Rosak Maruah Itu Kerana Perangai | Rosak Ummah Itu Kerana Lalai







Sebaik-baik 
nasihat itu 
ialah beringat 
manakala
sejahat-jahat 
muslihat itu 
ialah khianat.


Baby Arissa

Terbang
biar jauh
lompat
biar tinggi.
Rancang
biar bersungguh
buat biar jadi


1.   
Sesungguhnya rosak maruah kerana perangai
manakala rosak ummah kerana lalai.

2.
Orang lain yang buat kita yang tanggung dan
orang lain yang dapat kita yang buntung.

3.
Apabila dapat untung sama-sama hitung tetapi
apabila dapat rugi masing-masing lari.

4.
Kadang-kadang datang awal tetapi berbual-bual
dan lewat pulang tetapi bersembang-sembang.


5.
Sebaik-baik nasihat itu ialah beringat manakala
sejahat-jahat muslihat itu ialah khianat.

6.
Jangan sekali-kali tanya orang yang jahil dan
jangan sekali-kali paksa orang yang degil.

7.
Orang yang cekal itu tidak takut gagal manakala
orang yang tabah itu tidak takut kalah.

8.
Kadang-kadang kusut itu lebih teruk daripada
takut dan takut itu lebih teruk daripada maut.

9.
Yang tak takut perang hadapi yang mendatang
dan yang tak takut mati hadapi yang terjadi.

10.
Sesungguhnya maut  membuat orang menjadi
takut  dan mati  membuat orang menjadi ngeri.


 (A new baby is born)


A new member
of ARAM's family
is now everything
to grandma
and grandpa





Dari kaca mata Ayla Arissa





ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
 
Teratak Seri Teratai
Pulau bahagia 

No comments:

Post a Comment