Wednesday, 14 January 2015

167F: Yang Sentiasa Patuh Itu Rendah Hatinya | Yang Sentiasa Angkuh Itu Rendah Budinya



(Cerdas Bernas.
Dangkal Janggal)






26/3/2014
Shinjuku Gyoen National Garden
is a large park with an eminent garden
in Shinjuku and Shibuya, Tokyo, Japan.
It was originally a residence of the Naito
family in the Edo period. 


(memujuk rindu)



ILHAM MINDA 167
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERCURA RASA BERCANDA KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)


51
Sentiasa patuh itu rendah hatinya tetapi
sentiasa angkuh itu rendah budinya.


52
Berfikiran cerdas ideanya bernas tetapi
berfikiran dangkal ideanya janggal.

53
Anak yang degil payah jika disuruh dan
anak yang babil itu payah jika diasuh.


54
Yang tuli itu buat-buat tidak peduli dan
yang bisu itu buat-buat tidak tahu.

55
Yang akur itu sentiasa bersyukur tetapi
yang ingkar itu sentiasa mencabar.


56
Jika gagah jangan cuba menyanggah dan
jika lemah jangan cuba mentohmah.

57
Jangan sokong fakta yang terpesong 
dan jangan setuju fakta yang terkeliru.


58
Gagah sama gagah usah bertelagah dan
lemah sama lemah usah berbantah.

59 
Disanggah jangan sesekali melatah dan
dicabar jangan sesekali celopar.

60
Terlihat rasa ingat, ternampak rasa hen-
dak dan terpadang rasa sayang.






26/3/2014   
The garden, which is 58.3 hectares    
in area with a circumference of 3.5 km, 
blends three distinct styles: a French Formal 
and English Landscape in the north and to 
the south a Japanese traditional. A traditional 
Japanese tea house can be found 
within the gardens.   


(merujuk mimpi)







Shinjuku Gyoen 
is home to a large number of cherry trees
of more than a dozen different varieties.
From late March to early April, more than
400 somei yoshino trees blossom around 
the English garden turning the lawns into
one of Tokyo's most popular and pleasant
hanami spots.




Aram 167(f)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment