Tuesday 18 November 2014

Kerana Kesangsian Hilang Keserasian | Kerana Pertikaian Hilang Kesesuaian

(Uzur Bertafakur.
Tenat Bermunajat)







26/3/2014
Shinjuku Gyoen National Garden
is a large park with an eminent garden
in Shinjuku and Shibuya, Tokyo, Japan.
It was originally a residence of the Naito
family in the Edo period. 


(seharum rindu)




ILHAM MINDA 152
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
UJIAN RASA UNDIAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)


1
Dalam uzur lebih baik bertafakur dan da-
lam tenat lebih baik bermunajat
.


2
Kerana kesangsian hilang keserasian dan
kerana pertikaian hilang kesesuaian.

3
Dunia kian kecil tiada tempat terpencil dan
dunia kian sempit tiada tempat sulit.


4
Kesusahan orang jangan didedah dan ke-
lemahan orang jangan dihebah.

5
Serba tak sudah jika sentiasa marah dan 
serba tak jadi jika sentiasa benci.

6
Kalau berdamai masalah selesai tetapi
kalau berbalah masalah bertambah.
   
7
Pantang undur sebelum menggempur dan
pantang urung sebelum bertarung.

8
Kadangkala malu kerana angkara seteru
dan jatuh kerana angkara musuh.

9
Takkan melarat selagi ada sahabat dan
takkan melata selagi ada saaudara.


10
Angkat telunjuk untuk yang terkutuk dan
angkat mata untuk yang tercela.

 
 



26/3/2014  
The garden, which is 58.3 hectares 
in area with a circumference of 3.5 km,
blends three distinct styles: a French Formal
and English Landscape in the north and to
the south a Japanese traditional. A traditional
Japanese tea house can be found
within the gardens.



(serimbun mimpi)



 





Shinjuku Gyoen
is home to a large number of cherry trees
of more than a dozen different varieties.
From late March to early April, more than
400 somei yoshino trees blossom around
the English garden turning the lawns into
one of Tokyo's most popular and pleasant
hanami spots.



Aram 152(a)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment