Monday, 11 August 2014

Apa Yang Terjadi Menjadi Bukti | Apa Yang Tercipta Menjadi Rahsia

(Azam Realiti.
Idam Fantasi)



rindu menggapai


ILHAM MINDA 132
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
PADUAN RASA PANDUAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

 1 
Yang muda tergoda kerana rupa manakala
 yang tua terpedaya kerana harta.


2
Yang dapat menyumbang itu diberkati tetapi
yang buat sumbang itu dilaknati.

3
Walaupun mati itu hanya sekali tetapi masih
berjanji berkali-kali.


4
Yang mewah janga merasa megah dan yang
susah jangan merasa pasrah.

5
Yang rambang mata mudah terpedaya dan
yang timbang tara susah percaya.


6
Yang sakit hati mudah rasa benci dan yang
sakit jiwa mudah rasa kecewa.
   
7
Yang merana tidurnya tak lena dan yang
berdendam tidurnya tak tenteram.

8
Yang berjaya mimpinya menjadi realiti teta-
pi yang kecewa janjinya menjadi mimpi.

9
Yang diazamkan itu menjadi realiti tetapi
yang diidamkan itu menjadi fantasi.

10
Apa yang terjadi menjadi bukti dan apa
yang tercipta menjadi rahsia
.



 29/3/13 Pearl River Cruise
 Gunagzhoa
mimpi terabai 


Aram 132(a)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a Comment