Wednesday, 9 July 2014

Saling Meredai Membawa Bahagia | Saling Mencurigai Membawa Derita

(Bala Ujian.
Laba Sajian) 

 

pautan rindu

 
ILHAM MINDA 128
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MILIKAN RASA MIMIKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

11
Saling meredai membawa bahagia tetapi
saling mencurigai membawa derita.


12
Dalam kesempitan ada kesempatan dan
dalam kegentingan ada kepentingan.

13
Lama bersembang masa terbuang dan
lama berbual kerja tertinggal.


14
Membuang masa kerja bersia-sia tetapi
membilang masa kerja beria-ia.

 15 
Buang masa itu dalam kerugian tetapi
bilang masa itu dalam pencarian.


16
  Yang masih berhingus terjerumus dan  
yang masih bergalak terjebak.
   
17
 Hidup tanpa maklumat tertinggal dan 
hidup tanpa matlamat menyesal.


18
Jangan menjunjung laba orang dan ja-
ngan menanggung bala orang.

19
Laba yang dijunjung itu sajian tetapi
bala yang ditanggung itu ujian.


20
Yang bersabar mendapat restu tetapi
yang bertengkar mendapat seteru.



29/3/13 Flower City Square
Guangzhoa
hanyutan mimpi



Aram 125(b)
Teratak Seriteratai


1 comment: