Friday, 11 July 2014

Jika Tercuit Hati Menjadi Simpati | Jika Tergigit Lidah Menjadi Marah

(Hati Benci.
Jiwa Kecewa)



 termetri rindu



ILHAM MINDA 128
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MILIKAN RASA MIMIKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Yang bersumpah terpaksa berhelah dan
yang berjanji terpaksa bersembunyi.


32
Peluang datang ketika habis wang dan
akal datang ketika habis modal.

33
Jika menang saling berdamping tetapi
jika kecundang saling berpaling.


34
Pendeta disanjung kerana akal dan pe-
niaga beruntung kerana modal.

35
Yang jemu biarkan masa berlalu dan
yang puas biarkan masa terlepas.

36
Jika tercuit hati menjadi simpati tetapi
jika tergigit lidah menjadi marah.
   
37
Sakit jiwa kerana terlalu kecewa dan
sakit hati kerana terlalu benci.

38
Madu menjadikan suami berselera tetapi
bermadu menjadikan isteri tersiksa.

39
Manis madu yang sakit sihat tetapi ma-
nis bermadu yang sakit tenat


40
Walau benci jangan terludah dan wa-
lau berahi jangan terdedah.

 


 29/3/13 Flower City Square
 Guangzhaoa 
 bersemi mimpi

 
Aram 125(d)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment