Tuesday, 8 July 2014

Jangan Tuduh Jika Bukti Tak Kukuh | Jangan Cekup Jika Saksi Tak Cukup

(Susah Upah.
Berat Ibadah)



rindu kian larut


ILHAM MINDA 127
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MAKANAN RASA MANISAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
51
Rakyat tenat kerana khianat dan ummah
musnah kerana fitnah.


52
Biar susah asalkan dapat upah dan biar
berat asalkan buat ibadat
.

53
Baik susah yang sedikit upah daripada
mudah yang banyak masalah.


54
Jangan tuduh jika bukti tak kukuh dan
jangan cekup jika saksi tak cukup.

55
Yang menyaksi membawa sangsi dan
 yang membela membawa cela.


56
 Yang susah selesai secara mudah dan 
yang mudah selesai secara payah.
   
57
Saling berkongsi kerjanya selesai tetapi
saling berdengki kerjanya terabai.


58
Jika bermuafakat sama-sama dapat teta-
pi jika berdengki sama-sama rugi.

59
Tak tahu punca jangan bertanya dan tak
tahu sebab jangan menjawab.

60
Tak tahu jangan buat-buat sibuk dan tak
mahu jangan buat-buat angguk.


 28/3/13 Love Island Guangzhoa
mimpi kian karut

 
Aram 125(f)
Teratak Seriteratai




No comments:

Post a Comment