Saturday, 28 June 2014

Saling Bergelutan Kerana Hasutan | Saling Bermusuhan Kerana Tuduhan

(Salah Diam.
Marah Pendam)

puisi rindu


ILHAM MINDA 124
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
LIKUAN RASA LALUAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Saling bergelutan kerana hasutan dan sa-
ling bermusuhan kerana tuduhan.


52
Jangan percaya hal yang batil dan jangan
 terpedaya hal yang mustahil. 

53
Yang membantu jangan menipu dan yang
menolong jangan berbohong.


54
Jika salah jangan sesekali diam dan jika
marah jangan sesekali pendam
.

55
Mengaku tetapi masih menuduh dan ber-
setuju tetapi masih bermusuh.


56
Jika kuat orang terpaksa taat tetapi jika
lemah orang sentiasa mentohmah.
   
57
Yang terpengaruh mudah disuruh dan 
yang terjebak mudah diajak. 

 
58
 Apabila yang berpengaruh mengugut 
maka yang terpengaruh menurut.

59
Jika yang lemah mengikut arah maka
yang salah mengikut perintah.


60
Jika susah jangan saling berbalah dan
salah jangan saling menyanggah. 




 27/3/13 Li River Cruise 
seloka mimpi
 

Aram 124(f)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment