Sunday, 1 June 2014

Rindu Itu Mendekati Perkongsian | Jemu Itu Mendekati Kebencian

(Rindu Geram.
 Cemburu Dendam)




ILHAM MINDA 115
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
JELIKAN RASA JEBIKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31

Yang tak ada kuasa terpaksa tunduk dan yg
 tak ada harta terpaksa angguk.
 
 

32
Kuasa bersuara untuk mengarah tetapi har-
 ta berkuasa untuk mencegah.

33
Kuasa memutuskan melalui undian tetapi
 harta meluluskan melalui belian.


34
Selagi tak pasti jangan berjanji dan selagi
 tak sudah jangan bersumpah.

35
Yang susah payah berkeluh-kesah dan
yang remeh-temeh berjerih perih.


36
Rindu itu mendekati perkongsian tetapi je-
 mu itu mendekati kebencian

   
37
Rindu tiada mata untuk muslihat dan cem-
buru tiada telinga untuk nasihat.


38
Rindu tak tertunai menjadi geram dan cem-
buru tak tercapai menjadi dendam
.

39
Rindu itu kebebasan menunai kepuasan tp
 jemu itu kepuasan mencapai batasan.


40
Apabila tamat baru terasa penat dan apa-
Bila sudah baru tertasa lelah.


 
Aram 115(d)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a Comment