Saturday 14 June 2014

Rasuah Itu Punca Segala Masalah | Fitnah Itu Punca Segala Musibah

(Kenal Strategi
 Kenal Potensi)



 

 
ILHAM MINDA 120
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
KILASAN RASA KIASAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
1
 Orang menjadi mewah kerana tuah tetapi 
Orang menjadi susah kerana tulah.


2
Tuah itu satu pemberian manakala tulah
itu satu pencarian.

3
Musyawarah selesaikan masalah dan 
perbincangan selesaikan kepincangan
.

4
Rasuah itu punca segala masalah dan
fitnah itu punca segala musibah.

5
Yang terpengaruh mangsa penipuan dan
yang tertuduh mangsa pengaduan.

6
Makin cekal makin kenal strategi tetapi
makin gagal makin kenal potensi.
   
7
Daripada  buat kerja besar yang sukar
baik buat kerja kecil yang berhasil.


8
Kerja kecil lebih terpanggil tetapi kerja
besar lebih mencabar.

9
Jika terlalu takut, yang besar menggeletar
 dan yang kecil menggigil.


10
Jika ketua sama ketua berlawan maka
 hamba sama hamba terkorban.




 
Aram 120(a)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a Comment