Sunday, 29 June 2014

Nafsu Menggalak Kepada Maksiat | Ilmu Mengelak Daripada Jahat

(Cinta Duka.
Rindu Pilu)



semanis rindu


ILHAM MINDA 125
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
LULUHAN RASA LARUHAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

11
Hampir menang baik digempur tetapi
hampir kecundang baik berundur.

12
Yang pergi kerana rezeki dan yang da-
tang kerana peluang.

13
Sabar mendamaikan rasa marah dan ikh-
tiar menyelesaikan segala masalah.


14
Nafsu menggalak kepada maksiat tetapi
ilmu mengelak daripada jahat.

15
Kecil diasuh besar menjadi patuh tetapi 
kecil dibiar besar menjadi liar.

16
Mundar-mandir tak berfikir dan terum-
bang-ambing tak berunding.
   
17
 Kecil disanggah besar bermasalah dan 
kecil didera besar menderhaka.


18
Tak selesai jika tak semuafakat dan tak
tercapai jika tak sematlamat.

19
Yang dicinta membawa duka dan yang
 dirindu membawa pilu
.


20
Yang fakir terpinggir manakala yang
pandir tersingkir.


 28/3/13 Elephant Trunk Hill
Guangzhou
sepahit mimpi

 
Aram 125(b) 
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment