(Cantik Jelik.
Buruk Tawaduk)
ILHAM MINDA 115
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
JELIKAN RASA JEBIKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
41
Kerana tak sabar mereka bertengkar dan
kerana tak tabah mereka berbalah.
42
Janji itu judi, apabila jadi orang puji tetapi
apabila rugi orang benci.
43
Sumpah itu tulah, jika salah dapat susah
dan jika kalah dapat parah.
44
Mata terpikat hatinya berubah dan mata
terjerat hatinya menyerah.
45
Yang susah payah berkeluh-kesah dan
yang remeh-temeh berjerih perih.
46
Jika tak pasti jangan berjanji dan jika tak
tabah jangan bersumpah
47
Yang sangsi saling menuduh manakala
yang benci saling bergaduh.
48
Musuh kebaikan adalah cela manakala
musuh kecantikan adalah usia.
49
Yang muda kian insaf kian beramal tetapi
yang tua kian insaf kian menyesal.
50
Rupa cantik tetapi hatinya jelik manakala
rupa buruk tetapi hatinya tawaduk.
Buruk Tawaduk)
ILHAM MINDA 115
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
JELIKAN RASA JEBIKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
41
Kerana tak sabar mereka bertengkar dan
kerana tak tabah mereka berbalah.
42
Janji itu judi, apabila jadi orang puji tetapi
apabila rugi orang benci.
43
Sumpah itu tulah, jika salah dapat susah
dan jika kalah dapat parah.
44
Mata terpikat hatinya berubah dan mata
terjerat hatinya menyerah.
45
Yang susah payah berkeluh-kesah dan
yang remeh-temeh berjerih perih.
46
Jika tak pasti jangan berjanji dan jika tak
tabah jangan bersumpah
47
Yang sangsi saling menuduh manakala
yang benci saling bergaduh.
48
Musuh kebaikan adalah cela manakala
musuh kecantikan adalah usia.
49
Yang muda kian insaf kian beramal tetapi
yang tua kian insaf kian menyesal.
50
Rupa cantik tetapi hatinya jelik manakala
rupa buruk tetapi hatinya tawaduk.
Aram 115(e)
Teratak Seriteratai
Teratak Seriteratai
No comments:
Post a Comment