Tuesday, 20 May 2014

Ilmu Menjadikan Tuannya Pendeta | Nafsu Menjadikan Tuannya Merajalela

(Mati Mencari
Maut Mengugut)




ILHAM MINDA 110
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
IMBALAN RASA IMBANGAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Jika maut mengugut baru rasa takut dan
jika mati mencari baru rasa negri.


52
Yang mahu dalam pencarian tetapi yang
malu dalam pelarian.

53
Yang cerdas berada di atas tetapi yang
lemah berada di bawah.


54
Kalau dapat berdiri kerana sabar maka
dapat berdikari kerana ikhtiar.

55
Yang benar hidupnya bahagia dan yang
sabar hidupnya berjaya.

56
Jangan menjadi kalut kerana salah dan
jangan takut kerana kalah.
   
57
Tak dapat mencegah nafsunya maka tak
dapat mengalah seterunya.


58
Ilmu jadikan tuannya pendeta tetapi naf-
su jadikan tuannya merajalela.


59
Kian banyak masa kian terabai dan kian
 banyak kerja kian terbengkalai 

60
Tak sempurna jika salah guna dan tak
selesai jika salah pakai.





Aram 110(f)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a Comment