Tuesday 29 April 2014

Yang Kuat Jangan Berpaling Tadah | Yang Taat Jangan Berpaling Sembah

(Ikhlas Membantu.
Malas Mengampu)



ILHAM MINDA 104
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
HALAMAN RASA HALUAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
41
Ambil cakna kerja jadi sempurna tetapi
ambil mudah kerja jadi masalah.


42
Yang kuat jangan berpaling tadah dan
yg taat jangan berpaling sembah.

43
 Yang menipu buat-buat kalah dan yang
mengampu buat-buat susah.


44
Yang menipu pandai berlagak dan yg
mengampu pandai memihak. 

45
Yang ikhlas sentiasa membantu tetapi
yang malas sentiasa mengampu.


46
Baik pintas sebelum terlepas dan ba-
ik cantas sebelum membalas.
   
47
Berbalah selagi tak mengalah dan ber-
seteru selagi tak mengaku. 


48
Bersahabat selagi bermuafakat tetapi
bermusuh selagi bergaduh.

49
Kerana curiga saling bersengketa dan
kerana sangsi saling berkelahi.


50
Usah benci jika yang lain menang dan
usah dengki jika yang lain senang.



 
Aram 104(e)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a Comment