Sunday, 13 April 2014

Yang Bermula Menjadi Punca | Yang Berakhir Menjadi Takdir

(Laut Berhanyut.
Darat Tersesat)

 

 

ILHAM MINDA 101
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
HAMPARAN RASA HANTARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
11
Makin dilarang makin menentang dan ma-
kin ditegah makin menyanggah.


12
 Yang banyak wang memberi hutang dan 
yang banyak hutang mencari wang.

13
Rezeki tak datang sendiri tp dicari dan har-
ta tak datang sentiasa tp diusaha.

14
Kalau yang bermula itu menjadi punca ma-
ka yang berakhir itu menjadi takdir.

15
Tak terdaya jika ramai yg meminta dan tak
tertanggung jika ramai yg bergantung.


16
Jika dapat masalah usah mengalah dan ji-
ka dapat musibah usah menyerah.
   
17
 Lebih baik ditegur sebelum terlanjur dan 
lebih baik diajar sebelum tersasar.


18
Banyak dapat gaji banyak membeli dan
banyak dapat modal banyak menjual.

19
Jatuh ke laut seharian berhanyut dan ja-
tuh ke darat seharian tersesat
.


20
Jika menjadi lebai jangan terlalai dan ji-
ka menjadi imam jangan tergamam.



 
Aram 101(b)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a comment