Tuesday, 15 April 2014

Terlalu Banyak Mimpi Hilang Realiti | Terlalu Banyak Janji Hilang Kompromi

(Runding Menjadi.
Tuding Terhenti)





ILHAM MINDA 102
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
HAMBATAN RASA HIMPITAN KATA
(Short saying drawn from long expe
rience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

 21 
Tak melihat selagi itu tak percaya dan tak
berminat selagi itu tak bermula.


22
Terlalu banyak mimpi hilang realiti dn ter-
lalu banyak janji hilang kompromi.

23
Berjanji untuk melepaskan diri dan ber-
mimpi untu memuaskan hati.


24
Berlagak pandai kerja terbengkalai dan
bijak berlagak kerja berselerak. 

25
Saling berunding kerja menjadi tetapi
saling menuding kerja terhenti.


26
 Tolak ansur tak bererti akur dan tolak 
bala tak bererti percaya.
   
27
Buat dengan cakna jadi sempurna dan
buat dengan teliti jadi berkualiti.


28
Baik mendengar jangan bercakap dan
baik bersabar jangan berentap.

29
Berbincang jangan bertengkar dan me-
rancang jangan tersasar.


30
Berebut mereka paut-memaut dan ber-
asak mereka tolak-menolak.



 
Aram 102(c)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a comment