Wednesday, 9 April 2014

Diikat Kakinya Dia Menyanggah | Ditambat Hatinya Dia Menyerah

(Keras Lembut.
Ganas Takut)




ILHAM MINDA 100
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GORESAN  RASA GARISAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
11
Diikat kakinya dia menyanggah tetapi di-
tambat hatinya dia menyerah
.


12
Membuat wang mendapat peluang tetapi
mencari hutang menggali lubang.

13
 Tak boleh dilawan baik berkawan dan tak 
boleh ditanding baik bersaing.


14
Anak yang terbiar menjadi liar dan anak
yang terlepas menjadi ganas.

15
Yang terpengaruh mudah disuruh dan
yang menyerah mudah diarah.

16
Dipuji-puji anak makin rajin tetapi dipu-
las-pulas anak makin malas.
   
17
Semakin ditambat semakin dekat dan 
semakin dihalau semakin jauh.


18
Yang tiris jangan biar menitis dan yang
melempah jangan biar tumpah.

19
Keras-keras perempuan ada lembutnya
dn ganas-ganas jantan ada takutnya.

20
Yang mencekup tak cukup-cukup dan
yang mengganas tak puas-puas.




Aram 100(b)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a comment