Monday, 3 February 2014

Yang Meminjam Tidur Tak Tenteram | Yang Berhutang Tidur Tak Tenang

(Berusia Percaya.
 Berumur Bersyukur)




ILHAM MINDA 91
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EKORAN RASA EDARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Memuji jangan bersangsi dan menyan-
jung jangan menyinggung.


42
Takkan mengalah saling berbantah dan
takkan berdamai saling bertikai.

43
Berdendam itu sekam tak padam tp ber
bincang itu air mudah tenang.


44
Hilang matlamat tanpa petunjuk dan hi-
ang pangkat tanpa telunjuk.

45
Tanpa kuasa orang tak setia dan tanpa
pengaruh orang tak patuh.


46
Makin berusia makin percaya dan ma-
kin berumur makin bersyukur
.
   
47
Makin berumur makin uzur dan makin-
 berusia makin sesia.


48
Tak berkerja tak berlanja dan tak ber-
gaji tak membeli.

49
Kurang cakap asal buat dan kurang
cekap asal dapat.


50
Meminjam tidur tak tenteram dn ber-
hutang tidur tak tenang
.



 
Aram 91(e)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment