Wednesday, 22 January 2014

Yang Tak Pasti Berubah Janji | Yang Tak Percaya Berubah Setia

(Tersalah Arah.
Tersalah Akidah)



 
ILHAM MINDA 89
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DUGAAN RASA DERAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Salah melawak kena tempelak dan sa-
lah bergurau kena halau.


52
Berkata usah lupa, bercakap usah si-
lap dan bertutur usah terlanjur.

53
Yang angguk mudah dihantuk dan yg
geleng mudah ditempeling.


54
Yang tak pasti berubah janji  dan yang
tak percaya berubah setia
.

55
Yang tak pasti berubah arah dan yang
tak berani berubah langkah.


56
Tersalah arah baik bermuafakat dan 
tersalah akidah baik bertaubat.
   
57
Tak ambil berat melarat dan tak am-
bil pusing terasing.


58
Yang baik ambil berkat dan yang je-
lik ambil ibarat.

49
Berbincang itu ambil kira dan meran-
cang itu ambil masa.


60
Malang itu peluang dan kesempit-
an itu kesempatan.




 
Aram 89(f)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a comment