Sunday 26 January 2014

Yang Mengacum Kerana Kaum | Yang Berpihak Kerana Puak

(Tunda Tergendala.
Lengah Bertambah)




ILHAM MINDA 90
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DETIKAN RASA DIDIKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Menunda kerja jadi tergendala dan berle-
ngah kerja jadi bertambah
.

52
Menunda waktu terburu-buru dan menun-
 da masa tergesa-gesa. 

53
Yang degil tidak mengaku dan yang ba-
khil tidak membantu.

54
Sudah biasa tak ambil cakna dan sudah
lali tak ambil peduli.

55
Terlalu bising tak ambil pusing dan ter-
  lalu sunyi tak ambil peduli.


56
Menduga-duga jika tak tahu dan men-
cuba-cuba jika tak mampu.

57
Baru belajar usah mencabar dan baru
beramal jangan menyangkal.


58
Jika merantau usah mengacau dan ji-
 ka berdagang usah menentang. 

59
Yang mengacum kerana kaum dn yg
berpihak kerana puak
.


60
Masa silam memberi ilham dan ma-
sa depan memberi harapan.




 
Aram 90(f)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment