Sunday, 5 January 2014

Yang Jatuh Tangga Patah Kaki | Yang Jatuh Cinta Patah Hati

(Muafakat Berkongsi.
Subahat Bersangsi)





ILHAM MINDA 85
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ENJAKAN RASA EJEKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Menipu untuk dapatkan harta dan me-
ngampu untuk dapatkan kuasa.

32
Baik bermuafakat buat ibadat daripada
bersubahat buat maksiat.

33
Baik jatuh tangga dan patah kaki daripada
 jatuh cinta dan patah hati.


34
Cinta pelik menjadi asyk tetapi cinta bu-
ta menjadi kecewa.

35
Jangan kesal jika datang ajal dan jangan
takut jika datang maut.


36
Ada kata tetapi tak bermakna dan ada
 suara tetapi tak berkuasa.  

37
Mengalah terpaksa mengangguk dan
menyerah terpaksa menunduk.


38
Bermuafakat mudah berkongsi tp ber-
subahat mudah bersangsi
.

39
Tak endah menjadi masalah dan tak
acuh menjadi kecuh.


40
Segalanya ceria kalau suka tetapi ter-
siksa kalau terpaksa.




 
Aram 85(d)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment