Tuesday, 21 January 2014

Yang Berlaku Itu Satu Kesempatan | Yang Berlalu Itu Satu Ketetapan

(Ruang Bertapak.
Peluang Bertindak)




ILHAM MINDA 89
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DUGAAN RASA DERAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
21
Baik ajak untuk bermuafakat tp jangan
ajak untuk bersubahat.


22
Ditegah jangan menyanggah dan dila-
rang jangan menentang.

23
Kalau takut baik ikut tetapi kalau ga-
 gah baik cegah. 


24
Naik memuncak jatuh ke bawah dan na-
ik mendadak jatuh ke lembah.

25
Yang dipentas ikut berlakon manakala
yang di atas turut menonton.


26
Di atas mencatas, di tengah menyang-
gah dan di bawah membantah.
   
27
Jika yang di atas terbabas maka yang
di bawah membantah.

28
 Yang lama diatas jadi malas dan yg 
lama di bawah jadi marah.

29
Yang berlaku satu kesempatan tetapi
yang berlalu satu ketetapan.


30
Cari ruang untuk bertapak dan cari
 peluang untuk bertindak
.




 
Aram 89(c)
Teratak Seriterai





No comments:

Post a comment