Thursday, 23 January 2014

Tak Ubah Sikap Selagi Itu Silap | Tak Ubah Perangai Selagi Itu Lalai

(Mula Bersedia.
Akhir Berfikir)





ILHAM MINDA 90
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DETIKAN RASA DIDIKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
Sekali selesai berkali-kali bermasalah dan
sekali damai berkali-kali berbalah.

2
Sekali bermasalah segala terbengkalai tp
sekali bermusyawarah segala selesai.

3
Bukan mencari takdir yang tersurat tetapi
memahami tafsir yang tersirat.


4
Jika bermula dengan mencuba maka bi-
ar berakhir dengan takdir.

5
Jangan bermula tanpa bersedia dan ja-
ngan berakhir tanpa berfikir
.


6
Baik berbincang ketika tenang dan baik
berbuat ketika sihat.
   
7
Yang gagah marah jika diarah tetapi yg
lemah patuh jika disuruh.


8
Tak ubah sikap selagi itu silap dan tak
 ubah perangai selagi itu lalai


9
Baik main akal jangan main tangkal dan
baik cari pahala jangan cari bala.


10
Yang gelojoh buat-buat bodoh dan yang
melulu buat-buat tahu.



 
Aram 90(a)
Teratak Seriterai



No comments:

Post a comment