Sunday, 19 January 2014

Tak Berilmu Kian Dungu | Tak Beramal Kian Dangkal

(Tua Melara.
Muda Melata)





ILHAM MINDA 88
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DENDAMAN RASA DENDAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Tersembunyi membawa harmoni tetapi
terdedah membawa masalah.


52
Terbuka orang tak suka dan berahsia
orang tak percaya.

53
Berahsia jika bersengketa dan dide-
dah jika berfaedah. 


54
Lebih percaya pada rahsia tetapi
lebih sangsi pada janji.

55
Tanpa cita-cita yang tua melara dan
yang muda melata.


56
Tak berilmu kian dungu dan tak ber-
ramal kian dangkal
.
   
57
Tanpa minnat dapat penat dan tan-
pa matlamat dapat keringat.


58
Bermanfaat jika bermatlamat teta-
pi berpenat jika bersemangat.

59
Berbicara jangan melalut dan me-
ngembara jangan berhanyut.


60
Berkayuh biar ke hilir dan ber- 
sungguh biar ke akhir.




 
Aram 88(f)
Teratak Seriterai





No comments:

Post a comment