Monday, 13 January 2014

Setiap Sakit Ada Penawarnya | Setiap Sulit Ada Ikhtiarnya

(Susah Senang.
Kalah Menang)




ILHAM MINDA 87
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DAMBAAN RASA DAKWAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Batu api tak malu kendiri dan tali ba-
rut tak berhati perut.


52
Lihat tak berbuat, dengar tak berikh-
tiar dan fikir tak mentadbir.

53
 Setiap sakit ada penawarnya dan se-
tiap sulit ada ikhtiarnya
.


54
Berundur sebelum melangkah dan
tersungkur sebelum mengalah.

55
Jika menengur biar tegas dan jika
menghulur biar ikhlas. 


56
Menang usah mengongkong dan
senang usah menyombong.
   
57
Senang susah adat berkawan dan
menang kalah adat berlawan


58
Yg ikhlas tindakan terbatas tetapi
Yg bebas tindakan terbabas.

59
Gempur sebelum kalah dan un-
dur sebelum rebah.


60
Berundur bukan mengalah dan
tersungkur bukan menyerah.




 
Aram 87(f)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment