Saturday, 11 January 2014

Satu Ditutup Yang Lain Terbuka | Satu Dicekup Yang Lain Bercerita

 (Diam Pendam. 
Senyap Lenyap)





ILHAM MINDA 87
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DAMBAAN RASA DAKWAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
1
Yang bersalah serba salah dan yang ter-
kena serba tak kena.


2
Jika dengki buat serba tak jadi dan jika
salah buat serba tak sudah.

3
 Baik diam jangan pendam dan baik se-
nyap jangan lenyap
.

4
Yang diam dapat mendengar dan yang
pejam dapat bersabar.

5
Biar berbeza pandangan tetapi jangan
berbeza rancangan.


6
Biar berbeza pendapat tetapi jangan
berbeza matlamat.
   
7
Bersabar jangan menyanggah dan
berikhtiar jangan mengalah.

8
Jangan berdalih jika letih dan jangan
berhelah jika salah

9
Satu kesalahan bersembunyi maka
sembilan kesalahan berbunyi.

10
Satu ditutup yg lain terbuka dan sa-
tu dicekup yg lain bercerita
.


 

 
Aram 87(a)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a comment