Monday, 6 January 2014

Kian Kemaruk Kian Lupa Daratan | Kian Mabuk Kian Lupa Ingatan

(Diuji Tabah.
Dipuji Megah)





ILHAM MINDA 86
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DAKAPAN RASA DAPATAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
Sefahaman berkongsi pengalaman tp ber-
tentangan berbeza pandangan.


2
Yang gagah terus menggempur tetapi yg
lemah terus berundur.

3
Yang gagah payah mengalah tetapi yang
lemah mudah menyerah.


4
Kalau berkawan biar sehaluan dan kalau
bersahabat biar sepakat.

5
Ketua mengikut apa yang biasa dan pe-
ngikut menurut apa yang patut.


6
Semakin diuji semakin tabah tetapi sema-
kin dipuji semakin megah
.
   
7
Yang bercita-cita itu berjaya tetapi yang
berangan-angan itu kempunan.

8
Makin tegang makin renggang dan ma-
kin kendur makin lentur.

9
Yang ikhlas buat bersungguh tetapi yg
malas buat bertangguh.


10
Kian kemaruk kian lupa daratan dan
kian mabuk kian lupa ingatan.



 

Aram 86(a)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a comment