Wednesday 1 January 2014

Banyak Oleh Banyak Olah | Banyak Boleh Banyak Helah

(Berkebolehan.
 Berkelebihan)





ILHAM MINDA 84
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ESTETIKA RASA ETIKA KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Kerana leka anak jadi alpa dan ke-
rana alpa emak jadi lupa.


42
 Tak tabah mudah mengalah dan tak 
betah mudah menyerah.

43
 Tak betah anak membantah dan tak 
tahan anak melawan.


44
Yang dilihat itu ada tersirat dan yg
direnung ada terlindung.

45
Jika mahu berganding bahu tp jika
enggan lepaskan tangan.


46
Banyak oleh banyak olah dan ba-
nyak boleh banyak helah
.

47
Runsing jangan bising dan geram
jangan diam.


48
Dibentak anak memberontak dan
dimarah anak menyanggah.

49
 Berkebolehan ada perolehan dan 
kelebihan ada pilihan.


50
Yang simpati memberi dan yang
cakna menderma.

 

 
Aram 84(e)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment