Saturday, 14 December 2013

Yang Muda Katanya Berhias | Yang Tua Katanya Berkias

(Sabar Iktibar.
Tabah Hidayah)





ILHAM MINDA 76
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DAPATAN RASA DEBATAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Yang muda kata berhias tetapi yang
tua kata berkias
.

22
Yang baik kata beralas tetapi yang
jelik kata melepas.

23
Marah mudah buat salah tetapi sa-
bar mudah dapat ikhtiar.


24
Yang tabah berunding tetapi yang
marah menengking.

25
Yang tabah dapat tuah tetapi yang
marah dapat tulah.


26
Yang ramah ramai taulan tp yang
Marah ramai lawan.

27
Saling marah bertelagah dan sa-
 ling benci berkelahi. 


28
Sabar dapat iktibar dan tabah da-
pat hidayah
.

29
Berharap banyak cakap tp ber-
azam banyak diam.


30
Tak tahu jangan merapu dan tak
setuju termangu.




 
Aram 76(c)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment