Monday, 2 December 2013

Terlalu asyik jadi jelik | Terlalu Khayal Jadi Sial

(Akur Mujur.
Ingkar Sukar)
 
 
 

ILHAM MINDA 70
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BUAIAN RASA BELAIAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Yang akur hidup mujur tetapi yang
ingkar hidup sukar.


32
Menghulur dapat mujur dan mem-
 beri dapat rezeki. 

33
Merapu fikirannya buntu dan me-
racau fikirannya kacau.


34
Kalau cermat selamat tetapi ka-
lau boros bolos.

35
 Ghairah membawa padah dan 
berahi membawa keji.


36
Terlalu asyik jadi jelik dan terla-
lu khayal jadi sial
.

37
Leka membawa cela dan alpa
membawa bala.


38
Menghina hilang nama dan me-
nyumpah hilang wajah

39
Marah hilang maruah dan ben-
ci hilang identiti.

   
40
Dicabar baik sabar dan disang-
 gah baik tabah. 
 
 
 
 
Aram 70(d)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment