Saturday, 7 December 2013

Berhati Tak Berpesonaliti | Berjiwa Tak Berwibawa

(Rugi Berdengki.
Mujur Bersyukur) 

 



ILHAM MINDA 73
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
CITRAAN RASA CIPTAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
 Yang susah berpada-pada dan yang 
mewah berpura-pura.


32
Simpati saling berkongsi tetapi deng-
ki saling membenci.

33
 Berpihak jika terdesak dan berpa- 
ling jika genting.


34
Yang terpedaya tak percaya dan
yang teraniaya tak lupa.

35
Dendam berahi itu keji dan den-
dam kesumat itu mudarat.


36
Berhati tak berpesonaliti dan ber-
jiwa tak berwibawa
.

37
Berdiri tak berdikari dan menun-
duk tak tawaaduk.


38
Mujur kian bersyukur tetapi ru-
gi kian berdengki
.

39
Sokong kian sombong dan me-
mihak kian bongkak.


40
Sombong cakap bohong dan
bongkak cakap banyak. 


   
 

Aram 73(d)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment