Sunday 15 December 2013

Mata Terpegun Kerana Anggun | Hati Tertawan Kerana Rupawan

(Cipta Idea.
Rancang Peluang)





ILHAM MINDA 77
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DAMBAAN RASA DAKWAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
21
Ada pengaruh mencari gaduh dan ada 
kuasa mencari sengketa.

22
Mata terpegun kerana anggun dan ha-
ti tertawan kerana rupawan
.

23
Tewas jika gagal bermain dan tumpas 
jika gagal memimpin.


24
Tiada ketua pengikut leka dan tiada
pengikut ketua hanyut.

25
Terpedaya dengan tipu daya dan ter-
tipu dengan pujuk rayu.

26
Merancang peluang jadi wang dan
mencipta idea jadi harta.

27
Jika ramalan jadi amalan maka amal-
an menjadi kegagalan.


28
Yang dibincang itu dirancang dan yg
dimuafakat itu dibuat.

29
Berkawan usah mengutuk dan ber-
lawan usah menunduk.

30
 Belum mula sudah tertinggal dan 
belum cuba sudah gagal.



 
Aram 77(c)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment