Tuesday 24 December 2013

Jika Harapan Hanya Janji | Masa Hadapan Hanya Mimpi

(Rugi Bersangsi.
Malang Berwalang)




ILHAM MINDA 81
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EKORAN RASA EDARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Yang salah mudah diolah tp yang be-
nar sukar diselongkar.


32
Sukar mencari yang benar tp mudah
mencari yang salah.

33
Yang menang usah takbur dan yang
senang usah kufur.


34
 Berniat tak lupa, beringat tak alpa 
dan berjimat tak papa.

35
Menolong dengan ikhlas dan me-
nyokong tanpa berbalas.


36
Mengaku buat salah tetapi meni-
pu buat masalah.

37
Jika sesuai masalah selesai dan
jika serasi kerja menjadi.


38
Jika harapan hanya janji maka ma-
sa hadapan hanya mimpi.

39
Bukan silap tetapi sikap dan bu-
kan lali tetapi perangai.

40
Rugi kerana bersangsi dan ma-
lang  kerana berwalang.



 
Aram 81(d)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a Comment