Monday, 9 December 2013

Geram Itu Mencalar Hati | Dendam Itu Membakar Diri

(Rebut Ruang.
Ragut Peluang)





ILHAM MINDA 74
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
COLETAN RASA CORETAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
21
Menang bukan perhitungan dan se-
nang bukan pergantungan.


22
Patuh mudah sekali disuruh dan ta-
at mudah diberi nasihat.

23
Yang degil sukar dipanggil dan yang
engkar sukar diajar.


24
Lenguh jangan mencemuh dan pe-
nat jangan mengumpat.

25
Jika tidur saling  berdengkur dan
jika jaga saling berlaga.


26
Jangan merapu jika buntu dan ja-
ngan meracau jika risau.

27
Diam bukan mengalah dan pejam
bukan menyerah.


28
Geram itu mencalar hati dan den-
dam itu membakar diri
.


29
Lemah merebut ruang dan ga-
gah meragut peluang
.

30
Kejayaan tak mudah diolah dan
 tak senang dirancang. 
 
 
 
 
Aram 74(c)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a comment