Sunday 10 November 2013

Makin Bebas Makin Buas | Makin Buas Makin Ganas

(Ingat Kata.
 Ingat Bahasa)





ILHAM MINDA 62
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ADUAN RASA AKUAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Cakap besar kena cabar dan cakap ba-
nyak kena bentak.

52
Lihat rupa lihat gayanya dan ingat kata
 ingat bahasanya


53
Berbohong untuk menolong dan meni-
pu untuk membantu.


54
Menipu orang tak bersetuju dan berdus-
ta orang tak percaya.

55
 Niat kerana benar, buat kerana sabar  
dan dapat kerana ikhtiar.


56
Yang bersalah baik mengaku dan yang
bermasalah baik bersetuju.

57
Dapat sedikit mengungkit dan dapat
kurang menentang.


58
Dapat harta hanya kaya tetapi dapat-
 ilmu lebih maju.

59
Mencari harta dapat laba tetapi yang
mencuri harta dapat bala.
   

60
Makin bebas makin buas dan makin
buas makin ganas
.




 
Aram 62(f)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment