Sunday 10 November 2013

Kian Tabah Kian Cepat Kebah | Kian Gigih Kian Cepat Pulih

(Diam Berfikir. 
Geram Menyindir)





ILHAM MINDA 63
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
AJUAN RASA ALUAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
Untung mereka yang junjung tetapi bun-
tung kita yang tanggung.


2
Makin berang makin garang dan makin
 buas makin ganas.

3
Baik marah untuk mencegah dan baik
garang untuk melarang.


4
Kian tabah kian cepat kebah dan kian
gigih kian cepat pulih.

5
Tak kisah berkeluh kesah dan tak pe-
duli membuta tuli.


6
Yang diam banyak berfikir tetapi yang
geram banyak menyindir.

7
Berazam usah berdendam dan ber-
satu usah berseteru.


8
Kerana senyum lidah kelu dan ke-
rana kagum lidah kaku.

9
Beri nasihat bukan muslihat dan beri
bantuan bukan gangguan.

   
10
Kecil diasuh agar tak jahat dan be-
sar diacuh agar tak sesat.




 
Aram 62(a)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment