Sunday 17 November 2013

Buruk Sangka Tak Suka | Syak Wasangka Tak Percaya

(Beribadat Kuat
Beramal Cekal)






ILHAM MINDA 65
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ACUHAN RASA ASUHAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Terdesak berhutang tetapi terserem-
pak menghilang.

52
Yang mewah membazir tetapi yang
 susah berzikir.

53
Mengampu untuk senang dan me-
nipu untuk menang.

54
Gali lubang untuk timbus dan ca-
ri peluang untuk tebus.

55
Berkongsi usah bersangsi dan ber-
pakat usah berkhianat.

56

Buruk sangka tak suka dan syak
wasangka tak percaya.

57
Kian beribadat kian kuat dan ki-
an beramal kian cekal.

58
Yang berjaya mara tetapi yang
gagal tertinggal.

59
Kalah kerana takdir tetapi ta-
bah kerana zikir.
   
60
Tabah kerana maruah tetapi le-
mah kerana rasuah.

 


 
Aram 65(f)
Teratak Seriterai








No comments:

Post a Comment