Sunday 20 October 2013

Hidup Disanjung Orang | Mati Menanggung Hutang

(Azam Bersungguh.
 Dendam Bermusuh)





ILHAM MINDA 58
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MENAWAR RASA MELAKAR KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Mudah membangkang payah berbincang dan
mudah melenting payah berunding.


52
Berazam dengan kesungguhan tetapi ber-
dendam kerana permusuhan
.

53
Hidup biar disanjung orang tetapi mati ja-
ngan menanggung hutang
.


54
Semakin jauh daripada Allah semakin ber-
musuh sesama ummah.

55
Kepentingan mengkhianati amanah teta-
pi kegentingan mengingati Allah.

56
Kerana keajaiban kita terpesona tetapi 
kerana keaiban kita terhina.

57
Yang di atas saling mencatas dan yang
di bawah saling berbalah.


58
Lihat ke atas rasa cemas dan lihat ke
bawah rasa menyampah.

59
Jauh bermusuh dekat dihambat dan
datang menentang pergi dicaci.

   
60
Mudah percaya mudah diperdaya dan
mudah diampu mudah ditipu.




 
Aram 58(f)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a Comment